lovelymama
It's really coming!!..
alhamdulillah.. aku benar-benar bersyukur kehadratMu Ya Allah kerana dengan limpah kurnia dan inayah dariMu aku masih bernafas di muka bumi ini, menikmati rezekimu, menghidup udaramu, melihat cahaya mataharimu, menikmati kasih sayangmu serta mendapat segala-gala yang terbaik darimu. Aku bersyukur Ya Allah kerna memberikan aku satu lagi peluang untuk hidup di muka bumimu dengan dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangiku.

Ya Allah kau berikanlah buat diriku kemudahan dalam menempuh segala dugaan Mu, kau pertingkatkanlah keimanan dan ketakwaan dalam diriku, ampunilah dosa-dosaku, kau berikanlah kebahagiaan dalam kehidupanku dan rumahtanggaku, kau kurniakanlah zuriat-zuriat yang menjadi kebanggaan dan kemuliaanku, kau rahmatilah ibu bapaku dan ibu bapa mentuaku, kurniakanlah kesihatan yang baik buat diriku agar aku dapat menjaga dan menguruskan rumahtangga dan pekerjaanku, kau jadikanlah diriku seorang guru yang sentiasa mencintai ilmu dan kerjayaku, kau muliakanlah pekerjaanku, kau berikanlah kekuatan buat diriku untuk menjadi guru yang terbaik untuk anak-anak didikku...

Ya allah.. segala puji bagiMu Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mengetahui..
di kala sambutan hari kelahiranku ini, aku bermohon agar hajatku untuk menambah zuriat keturunanku akan dimakbulkan. aku bermohon agar kau berikan perlindungan untuk seluruh umat islam di seluruh dunia agar kami sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayangmu. satukanlah kami dan kuatkan kubu pertahanan kami dari serangan kaum yahudi, kristian dan kaum-kaum kafir yang sentiasa iri hati dengan perpaduan kaum islam ini, kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu buat pemimpin kami agar tidak menyeleweng dari tugas mereka menjaga kami. Kurniakanlah buat kami kekuatan agar kami dapat bangkit dan membasmi kebatilan..

ya Allah.. Ya rahman Ya rahim..aku bermohon agar diberikan keberkatan buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w dan para ummul mukminin, para-para sahabat, para tabi' dan tabii', para nabi-nabi, pejuang islam dan umat islam seluruhnya. semoga kami beroleh keberkatan, perlindungan dan kasih sayang mu.. aminnn

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment