lovelymama
busannyee.. itulah perkara pertama yang bermain dimindaku apabila cuti bermula.. manakan tidak aku akan duduk di rumah bersama buah hatiku tanpa ditemani mr hubby yg jauh di Miri.. Bosan bukan kerana tiada teman tetapi terpaksa menempuh cabaran melayani karenah buah
hatiku yg semakin lasak.. hmmm..

Memang ku akui aku bukanlah ibu yang penyabar.. pantang silap sikit tanganku pantas hinggap di kaki atau tangan danish (kdg2 terbabas ke pipi gebunyeee... cian danish).. namun tidaklah pernah berdarah cuma aku agak garang esp bile danish mula menarik rambut, memijak kepala, membaling barang, menghempas pintu fridge, menendang2 badanku dan merosakkan barang.. tapi aku perlu bersabar kerana memang danish belum punya kawan di rumah.. akulah sahabat, ibu, ayah dan barang permainannya..
hari ini aku cuba mencari ruang untuk menanda kertas BM yang dah pening ku angkut ke hulu ke hilir tanpa dapat ku sudahkan.. Tiba-tiba handphone n81 ku berbunyi..
"akak kt Restauran Zuraimi ni.. meh lee dtg"
"Ok..."
'Danish.. jom wak ita kt dpn. Kita g jalan ek..."
"yeahhh... topi nanish mana mama..."
aku pun bergerak ke kereta. Dalam fikiranku pasti kakak iparku akan mengambil danish hari ini. Aku tak punya alasan untuk menghalang coz memang cuti. hehehe.. ada can aku menanda paper nih..

Tapi... ble danish xde lain pulak yang berlaku.. Aku seolah hilang punca.. sunyinyee.. Lalu tetiba kotak fikiranku berputar sejenak.. mengingati gelagat danish ble ku hantar ke kereta mak ciknya.. dye menangis dan mengamuk.. "nak mama.. nak mama..." cian pulak..
sebenarnya, selama ini ble aku duduk di rumah bersama danish, aku sentiasa berfikir dapatkah aku menjadi kawan sepermainan yang baik untuk drnya.. aku memang xsuke lasak.. aku marah bila danish buat sepah dan aku geram bila dye menjerit2. Tapi semua itu dilakukan kerana dye bermain. Aku dapat rasakan ble dye bersama dgnku tanpa ada ayahnya.. danish pasti bosan. Aku xdpt mjd kawan sepermainan yang baik padanya. so.. aku rasa hantar danish ke rumah ibunya adalah jalan terbaik coz dye ada kawan di sana..

Aku menyoroti kenanganku semasa kecil.. aku punya keluarga yang besar dan ramai adik beradik. dalam suasana keluarga yang kurang berada, aku menjalani hidup sebagai kanak-kanak yang aktif. Namun begitu, kurasakan berada bersama emakku adalah saat yang paling bahagia. wpun emak sentiasa sibuk dgn tugas memasak, membasuh, mengemas dsb tapi aku suke berada dan berkepit dgn emak. emak jarang melayanku (dah ramai sgt anak yang dilayan, so aku dpt sipi2 je perhatian drnya) tapi aku tetap rasa seronok sgt bersamanya...

Begitu jugalah yang dirasakan oleh danish agaknya..
wpun aku bukan kawan bermain yang baik dan mengerti perasaannya.. namun bersamaku dye rasa lebih selamat dan seronok.. Kerana... AKU IBUNYA...
itu hakikat yang tidak boleh disangkal lagi..
dan itulah nikmat yang akan dirasai oleh semua insan yang bergelar IBU..
kini..
aku rasa bahagia dan bertenang..
aku akan bersedia melayani karenahnya.. dan begitu bersyukur serta menghargai kehadirannya dalam hidupku..
To Fahreen Danish... mama will alwayz love you.. coz u're my heart.. u're my soul..
mama akan tahan apa juga karenah danish..

kalau danish pukul mama, mama pukul danish balik
kalau danish nangis, mama nangis same2 dgn danish
kalau danish marah2, mama cium danish ek..
kalau danish nk sleep, mama sleep dgn danish..
kalau danish sayang mama, mama sayang danish balik..

OK!.. love you baby..


0 Responses

Post a Comment