lovelymama
Alhamdulillah... satu lagi kejayaan dan daya usaha warga SMK PG2 dalam menakluki ilmu digital dengan terciptanya Blog PIBG SMK Pasir Gudang 2.

Thumbs up to Cik Sharen yang telah berjaya membangunkan laman web PIBG SMK PG2. Semoga lebih ramai lagi warga PG2 yang akan mengambil langkah wajar dengan membangunkan pula blog-blog panitia yang telah dibangunkan tahun lepas namun kurang diaktifkan.

Sila layari:




Tahniah!
lovelymama
"Ya allah.. berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi karenah anak kesayanganku ini. Berikanlah aku kesabaran dan ketenangan kerana dialah permata hatiku, kesayanganku dan kegembiraanku, Janganlah kau biarkan diriku hilang pertimbangan dan melakukan apa yang xsanggup aku fikirkan hanya kerana aku tidak dapat menahan kesabaranku..." amin

Inilah doaku... doa seorang ibu yang sendirian meladeni karenah anak kesayanganku.. aku faham dya mahukan teman, aku juga faham dye hanya inginkan perhatian.. namun apa yang membimbangkan ialah TAHAP KESABARANKU.. mudah benar tanganku hinggap di kaki, tangan atau belakang si kecil ini hanya kerana aku tak tahan menahan karenahnya... tatkala si kecil melelapkan mata.. kurenung dalam2 wajah kudusnya... sayu...

Dia memerlukan aku sebagai penemannya.. akulah syurga baginya.. namun keletah dan karenahnya benar2 mencabar kesabaranku terutama di bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Sahurku merupakan waktu bangunnya dan berbukaku merupakan masa mainnya.. waktu itulah dia juga mahukan aku bersamanya dan bermain dgnnya.. sdgkan itulah masa yang ada untukku mengisi perut yang lapar.. apa lagi jeritanku memecah keheningan senja yang damai hanya kerana telatah si kecil...

Ya allah... aku bersyukur di atas kehadirannya. aku benar2 kagum dengan kejadiannya dan aku benar2 teruja dengan telatahnya.. dialah penghibur tatkala diriku kesunyian dan kemuraman.. oleh itu Ya Allah aku benar2 memohon agar kau berikan padaku kesabaran yang tinggi untuk menjaganya, menyayanginya, mendidiknya, mengasihinya dan berkorban segalanya untuk dirinya... jadikan diriku ibu yang sabar, tabah dan sempurna untuk anak kecilku ini.. dia rindukan ayahnya.. satu kenyataan yang patut aku terima namun apalah dayaku.. inilah rezeki kami.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan hamba Mu...

~Mama sayang kamu... Fahreen Danish~


lovelymama


(Semoga ramadhan tahun ini memberikan lebih byk keberkatan dan kerahmatan kpd kita semua..)
lovelymama
Illuminati Dan Freemason Dalam Video Klip Lady Gaga
Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrovasi tentang video ni .
Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web .Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni. http://mistisfiles.blogspot.com and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal . Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga .Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video laguAlejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih kepada Izah yang sudi berkongsi info ini.
P.S: Anda wajib tengok video berkaitan pembuangan bayi ini.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.


“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya – oleh Gaga si illuminatist tak guna


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .
“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”
Maksud lirik ni pulak .A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .
Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don’t call my name ,Don’t call my name, Bye Fernando .
I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..


I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) ”

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah …

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya” (Al-Isra’ 17:36)
Petikan dari blog mualij……


lovelymama

lovelymama
Seronok.. excited.. n feel enjoy.. that is my first perception, waiting 4 my tour @ singapore on 24 July 2010. Actually, I already book @ ticket to Universal Studio! heheh..

starting@7 we'll kumpul @skull but stuck 4 fill up imigresen form.. so kul 9++ baru sampai Woodland. Then, urusan di imigresen spore plak btol2 menguji kesabaran. Xpernah ada experience naik turun bas, but kali ni memang letih. tup.. tap.. tup.. tap.. kul 10 30 baru settle sume. Yelaa.. yg lain pakai pasport berkelompok.. memang payah cket tapi akhirnya... Yesss.. We're here!!!...


siap amik pic kt tempat dilarang!.. hahahah nasib xkena rampas kamera.. hihihi..



ROMBONGAN CHE KIAH KE SINGAPORE!!!... ekekekek

then our tour was being organize by our tourist guide.. lupe lak name dye..
ok laaaa... at least ada gk story2 best yg dye ceritakan.. xlee boring.. heheh



on 11 we safely arrive @ sentosa.. So lps amik2 foto kt "bola" Universal Studio tu kami pun terpisah.. janji jumpa di Imbiah Station @ 2pm... waarggghhh.. so I went to d customer service counter n show the my itenerary.. gosh!.. rupenyee yg aku book bukan tiket tapi express ticket dye.. waarggghh.. biru gk muke aku jap.. tiket tuk hari tu memang dah sold out.. habislaa $68 terbang begitu sahaja.. express tiket digunakan untuk masuk show tanpa beratur panjang.. cedihnyee.. tapi lastly dye kate tiket ade tapi kena bayar lagi $78.. belasah jee laaa.. lagi pun nk carik dye org dah sampai mana2 tah.. tawakal jee laaa...

sengsorang msk situ! memula segan + gerun gk tapi lastly memang enjoy sgt!!.. heheh dan dgn express ticket tu aku memg xyah beratur.. pjg gile barisan n kalau aku xde express ticket tu memang lgsg xleh tgk show coz aku cuma ada 2 jam 30 minit jee.. alhamdulillah.. memnag ada rahmat disebalik kesilapanku itu.. yesss!

memula tu memang menggelupur gk lee.. xtau arah tapi aku berpandukan pelan US yang aku amik kt lori comel tu tadi aku mula mengorak langkah.. menyusuri kedai2 yang dibina persis bangunan di UK, USA n Hollywood, aku semakin teruja.. Aku ternampak pula model berpakaian Cinderella sdg dikerumuni kanak2 untuk mengambil gambar.. ah.. nnt lee ramai sgt.. so aku terus ke Hollywood street bertemu dgn Merilyn Monroe!.. ekekek

xbyk foto yg boleh kuambil coz mcm kelakar aku ambil foto sekeliling... tanpa diriku!.. hmmm..
then aku menonton show Street Dance yg xsempat dicapai lensa kameraku dek kerana ramainyee orang.. phewww..

Langkahku terus menyusuri New York street dan ternampak Show by Steven Speilberg.. yesss.. aku terus melangkah menuju ke Express Line.. bangganyee coz org lain berpeluh2 beratur sdgkan aku terus menuju ke pintu masuk.. manakan tak.. aku byr lebih 68 dollar taw dari kowang!.. muhahahaha.. berbaloi!..

Show best tayangan animasi 4D bgmana menghasilkan cerita aksi wayang omputeh.. termasuk teknik2 yang digunakan.. tapi syg xleh amik foto yaaa..

Then terus ke Sci Fi Street ada watak animasi Cyclop + kedai souvenir.. Melangkah laju lagi ke Egypt Street dihiasi dgn soundtrack Mummy Return.. Best!.. Ada show kt ctu tapi mula lambat sgt so aku tinggalkan dulu.. terus melangkah ke Lost World City aka WaterWorld.. ada game tapi aku xnak main.. Roller coaster beb!.. takuttt... Then terus melangkah ke Batuan Jurrasic Park.. then....

My Dreamme Place to visit.. Far Far Away State...
memang excited.. watak2 animasi like Cinderella, Shrek, Pinnochio, n tah pape lagi.. nk amik foto tapi segan masih ada.. sape nk amikkan pic aku?!.. waargghhh...
Menonton animasi 4D Shrek membuatkan aku makin teruja.. bestnyee!!!.. awesome!!!..
menjadikan tetibe jee minat gile kt Shrek!!.. muhahahah...
berbaloi-baloi...

then teruskan journey ke Madagascar.. beli sikit souvenir kt ayah n danish.. tapi aku memang dah target US nyee product as gift to my lovely person.. heheh




..My Journey..

Take photo @ Universal Street..



go along Hollywood Street..


go along New York Street



go along Sci Fi Street



go along Mummy Return / Egypt Street



go along Lost World Street



n d most amazing part is Far Far Away...






So @ 2 pm sharp aku melangkah keluar.. menuju ke Imbiah tapi malangnyee aku pun terlupa yg aku xredeem lg coupon makan kt US tadi.. Tapi aku g gk Imbiah n tunggu bout 25 minutes tapi bayang kengkawan laen xde pun.. aku pun dgn penuh semangat melangkah balik ke US tuk meredeem coupon aku tu tapi... arrggghhh.. stuck kt waterfront train coz ramai gilee org kt ctu.. dlm kul 2 55 aku smp kt Imbiah n .... aku tertinggal?!.. waarggghhhh...

berpeluh ketiak.. tapi sabo jeelaaa.. yakin diaorg xkan tinggalkan aku.. hampir 30 minutes tunggu barulah nmpk si tour guide aku terhegeh2 sampai.. aku tunggu dye ke dye tunggu aku??!.. pastu siap marah kat aku kate lambat.. wei.. aku tunggu korang 25 minit tau pastu cuma tunggu aku 10 minit dah blah.. geramnyee!!... then aku gk yg kena bambu coz lambat.. waargghhh.. tapi ada aku kesah??!!!...

anyway our journey continue @ arab street. solat kt masjid sutan n shopping souvenir n also makan.. then @ 5 continue to orchid road n shopping perfume.. the end
lovelymama